wEb sEARch

Selasa, 30 Maret 2010

kesehatan

Jadual vaksinasi kucing anda..

Vaksinasi boleh dimulakan apabila anak kucing anda berusia 7 minggu dan ada sesetengah klinik menyarankan kucing anda divaksin pada umur 8 minggu @ 2 bulan.

Jadual vaksinasi kucing adalah sangat mudah diingati.

Suntikan pertama: pada usia 7@ 8 minggu'
Suntikan kedua : 4 minggu(sebulan)dari tarikh suntikan pertama
Suntikan ketiga: 4 minggu(sebulan)dari tarikh suntikan kedua
Suntikan booster/tahunan: setahun sekali dari tarikh suntikan akhir

Terdapat beberapa jenis vaksin kucing, antaranya:

Vaksin CVR-C (Calicivirus, rhinotracheitis dan chlamydia) ,FeLv (Feline Leukemia virus), FIV (Feline Immunodeficiency virus) dan juga suntikan vaksin bagi mencegah Rabies.

Suntikan vaksin standard yang disarankan ialah suntikan CVR-C @ Felovax dari Fort Dodge.FeLv dan FIV disarankan juga jika kucing anda suka merayau2 di luar rumah kerana kedua2 penyakit ini berjangkit melalui cakaran dan gigitan kucing lain.Vaccine Rabies pula perlu dibuat 6 bulan sebelum kucing tersebut dibawa keluar negara.

2 komentar: