wEb sEARch

Selasa, 30 Maret 2010


Terdapat 3 jenis utama makanan kucing iaitu kering, lembut-basah dan dlm tin.Dengan teknologi terkini dlm industri makanan haiwan kesayangan, kebiasaannya makan yang telah diformulasi mempunyai cukup zat bagi menampung keperluan nutrisi kucing anda.

Makanan kering

Ia mengandungi kibbles(ketulan ) yang rangup, di mana boleh mencegah pengumpulan plak dan tartar pada gigi kucing.Makanan kering tahan lama apabila didedahkan pada udara, ia biasanya mengambil masa 2-3 hari sebelum menjadi lemau bila dikeluarkan daripada bungkusannya.

Makanan lembut-basah

Makanan jenis ini biasanya mudah disimpan dan mempunyai rasa yang lebih sedap dan enak.Walaubagaimanapun, dikhuatiri ia mempunyai perasa seperti garam, gula dan pewarna, melainkan anda sendiri yang menyediakannya di rumah.

Makanan dlm tin

Makanan jenis ini juga mempunyai variasi rsa dan haiwan kesayangan biasanya menyukainya.Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3-4 hari setelah tinnya dibuka.Ia tidak tahan lama seperti makanan kering .Anda disarankan memanaskan mknn yang disimpan dlm peti sejuk sebelum menghidangkannya kepada kucing anda kerana kucing sukakan makanan yang hangat dan sama dgn suhu badannya.

Makanan veggie untuk anjing dan kucing???


Situasi ini pernah berlaku semasa saya berkhidmat di klinik hawain kesayagan sedikit masa dahulu:

Client: Doktor, anjing shih tzu sy kurus laa...makan pun sikit, apa patut sy buat?

Saya: Oh, anjing u perlukan lebih protein dan calcium ni.Sy cadangkan makanan2 ni (sambil menunjukkan beberapa commercial pet food yang berasaskan daging dan ayam.) Semua ni bagus untuk tumbesaran badan.

Client:Tak boleh doktor, anjing sy vegetarian, macam saya, kami sekeluarga vegetarian.Ia cuma makan nasi dan sayur shj.

Saya: Eh, tak boleh macam ni, anjing u perlukan diet daging dalam makanan dia, anjing u tak cukup zat ni sebab tu kurus.



Diet veggie atau vegetarian kekurangan taurine, vitamin B 12, calcium dan L-carnitine.

Vitamin A yang wujud dalam sumber tumbuhan dalam bentuk beta-carotene tidak boleh ditukarkan kepada bentuk vitamin A oleh haiwan.Kucing tidak boleh menukarkan beta-carotene kepada bentuk vitamin A boleh hadam dan bukan semua anjing boleh melakukannya.

Taurine dan L-canitine pula amat diperlukan dalam diet kucingn untuk kesihatan mata dan jantung. Anjing yang kekurangan L_carnitine boleh mengakibatkan penyakit Dilated cardiomyopathy iaitu penyakit yang menyebabkan otot jantung gagal berfungsi.

Vitamin B12 pula hadir dalam tisu daging,telur dan produk tenusu.Ia tidak ada dalam sayur-sayuran.

Diet vegetarian juga mempunyai jumlah kalsium yang amat rendah.Manakala kandungan phytate dalam diet gandum menyebabkan penyerapan kalsium oleh tubuh dihalang.Kalsium adalah penting utnuk pertumbuhan tulang dan gigi haiwan yang kuat.

2 komentar:

  1. kok gak da jenis2 makanan manusia ya...
    soal na....manusia tu pa ja dimakan,,,

    BalasHapus