wEb sEARch

Selasa, 30 Maret 2010

SIFAT kucing

This Blog
Linked From Here
Website Links
This Blog
Linked From Here

Website Links

Anda dibenarkan menggunakan maklumat dalam blog ini tetapi sila maklumkan penulis blog dahulu ok?

Protected by Copyscape Unique Content Validation

1. menggeselkan badannya ke kaki kita

- ini sebenarnya bukan perlakuan manja yg sering disalahtafsirkan oleh manusia...sebenarnya kucing menggeselkan badannya kerana hendak "menanda" kawasan atau objek yang berada di dalam teritorinya...jadi secara logiknya..kucing anda sebenarnya mengganggap anda adalah objek kepunyaannya! Jika anda perhatikan,ia juga menggeselkan badannya ke kaki meja dan sofa..dan setelah selesai "menanda" kaki anda atau objek lain, ia akan menjilat (grooming) tubuh badannya untuk menghilangkan bau anda atau bau objek tersebut dari badannya!(restore its own scent).

2. cuba mencium/menggeselkan mukanya ke muka anda

- ini juga bukan perlakuan manja. ia bermakna kucing anda sedang menyatakan hello kepada anda atau cuba berkomunikasi dengan anda.selalunya ia akan berbuat demikian apabila anda sedang mendukungnya atau ketika anda baring di mana muka anda berada sama paras dengan muka kucing tersebut.

3. melilitkan ekornya ke badan terutama apabila mahu tidur

- cuba anda usik kucing yang sedang mahu tidur atau dalam posisi rehat yang melilitkan ekornya ke badan. Anda pasti akan dibalas dengan renungan tajam dan ekornya akan melibas - libas ke kiri dan ke kanan.Ini bermakna, kucing anda tidak mahu diganggu dan ia mahu bersendirian!Perlakuan ini dinamakan defensive behaviour.

4. Merenung tajam , telinga menghala / leper ke belakang

- mudah sahaja, ia sedang marah! jadi, jgn balas renungan ini kerana ia bermakna anda sedang mencabarnya!

5. Mengembangkan bulu apabila bergaduh ataupun takut

- percubaan untuk menampakkan dirinya lebih besar dari lawannya / ingin menakutkan lawannya

6. Mengais - ngais makanan atau mainan yang tidak digemari

- ini menunjukkan ia tidak menyukai sesuatu barang atau makanan dan cuba menyembunyikannya. Dalam keadaan semulajadi, kucing akan mengais - ngais tanah untuk menyembunyikan barang yang tidak digemarinya. Jadi, secara nalurinya, ia akan berbuat perkara yang sama walaupun tiada tanah di kawasan tersebut.

7. tidak mahu masuk ke dalam litter boxnya ( kotak pasir tandas ) bagi kucing indoor, mungkin akan membuang najis di luar dari litter box

- ini ialah tanda bahawa ada sesuatu tidak kena dengan litter boxnya, mungkin pasirnya terlalu basah atau anda terlupa untuk menukar pasir baru yang lebih kering dan bersih. Cats are fussy and very clean animals actually....tetapi sekiraya tiada masalah dengan pasir tandas dan ia masih kencing dan berak di luar kotaknya, kemungkinan besar ia mengalami masalah urinari atau sakit perut yang menyebabkan ia tidak sempat hendak membuang air kecil atau najis ke dalam litter boxnya.

8. Mengiau

- tahukah anda bahawa kucing cuma akan mengiau kepada manusia?komunikasi antara kucing dengan kucing hanya melibatkan dengkuran, ciuman dan geselan badan. Mengiau menandakan ia memanggil anda atau cuba memberitahu anda sesuatu.....contoh: ia ingin makan , ia ingin keluar rumah, ia inginkan perhatian anda, ia inginkan cicak yang kelihatan di dinding rumah dll .

9.menangkap tikus, cicak atau burung dan membawanya pulang ke rumah atau meletakkannya ke hadapan anda.

- kadang - kadang anda akan begitu marah dengan kucing anda kerana membawa bangkai yang akan mengotorkan rumah dan juga kelihatan kejam.Kucing di habitat semulajadinya suka memburu, jadi perlakuan memburu adalah berasal dari nalurinya, walaupun ia tidak pernah belajar memburu jika ia dibesarkan secara indoor(dalam rumah).Kucing akan memburu dan membawa pulang habuan perburuan itu ke sarangnya ( dalam kes ini, rumah anda) untuk dikongsi bersama atau dijadikan hadiah kepada ahli keluarga yang lain. Sebenarnya perlakuan ini adalah satu penghargaan kepada anda kerana kucing anda menghargai anda sebagai ahli keluarganya!Antara cara untuk mengelakkan hal ini ialah memakaikan kolar berloceng supaya "haiwan buruan " akan menyedari kehadiran kucing anda dan ia sempat lari. Satu lagi cara ialah anda boleh menyorokkan makanan kegemarannya ( asalkan ia masih boleh mencium bau makanan tersebut) atau mainan kegemarannya untuk kucing anda mencarinya dan menggalakkan sifat berburu tadi.

10.selalu menjilat bulunya

-kucing akan menghabiskan sebahagian masanya untuk menjilat bulunya
- ada 2 sebab iaitu
1. ia ingin membersihkan/merapikan badannya (grooming)
2.kucing tidak mempunyai kelenjar peluh yang banyak seperti manusia, jadi dengan cara menjilat/ membasahkan bulunya dengan air lur, ia dapat menyejukkan badannya.


11.menggaru perabot, karpet, sofa


- kucing anda tidak akan faham sampai bila - bila , kenapa anda begitu marah jika ia berbuat demikian, kerana ini adalah naluri semula jadinya....kucing liar di habitat semulajadinya akan menggaru batang pokok untuk menanggalkan sel kuku mati dan menanda kawasannya.Oleh itu, anda dinasihatkan menyediakan tiang khas (scratching pole)untuk kucing anda menggaru ( boleh dibeli atau dibuat sendiri).Cat scratching pole ini hendaklah yang cukup kukuh supaya ia tidak mudah tumbang apabila kucing anda menggaru.

akan datang : sifat dan perangai anjing ( dog's behaviour)


Cat's Scratching Pole


Masalah kucing kencing

Masalah kucing kencing merata - rata


Apa itu air kencing ?

Air kencing atau urine terdiri daripada urea, urochrome dan asid urik. Asid urik yang menyebabkan air kencing kucing sukar dicuci. Kenayakan pencuci akan menghilangkan bau urea & warna air kencing (urochrome) tetapi sebenarnya kesan asid urik itu masih ada. Asid uric adalah sejenis pekatan yang mengandungi kristal tak larut (unsoluble crystal) yang sukar dicuci dgn air dan sabun pencuci biasa.Oleh itu kucing anda masih boleh mencium bau asid urik ini dan berkemungkinan besar akan membuang air kecil di tempat yang sama pada masa akan datang.

Bagaimana nak mencuci air kencing kucing?

Larutan cuka - bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.


Pencuci enzim

Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan "memakan" kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.

Masalah kencing merata - rata.Kenapa kucing sy bertindak sedemikian?


1.Litter box sudah penuh/ terlalu kotor.Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.

2.Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.

3. Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.

4. Ada kemasukan ahli keluarga baru ( kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil....kucing tau rasa cemburu!)

5.Marking behaviour - semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan "jajahannya"(territory).Castration(pemandulan kucing jantan) akan dpt menyelesaikan masalah ini.)

6.Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila bawa kepada vet anda jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

MAKANAN

Makanan yang patut dielakkan bagi kucing



Foto ehsan Cryptia

Pemilik kucing cenderung untuk melayan haiwan kesayangan seperti ahli keluarga dan haiwan seperti kucing kadangkala berkongsi menu dengan pemiliknya.



Berikut adalah makanan / minuman manusia yang tidak boleh diberikan kepada kucing:

Minuman beralkohol:Boleh menyebabkan kemabukan, keracunan, koma dan kematian.

Makanan bayi: Jumlah nutrisi tidak cukup bagi kucing dan boleh menyebabkan nutritional deficiency memandangkan baby food selalunya mengandungi bijirin/ beras yang mengandungi karbohidrat sebagai bahan utama sedangkan kucing memerlukan sumber protein dari sumber haiwan seperti ayam dan ikan.

Tulang ikan/ayam :
boleh menyebabkan tercekik dan luka pada bahagian perut & usus.

Sardin /tuna dalam tin ( makanan manusia) :
boleh menyebabkan kekurangan nutrisi/zat makanan.

Coklat, kopi, the dan minuman berkafein yang lain: mengandungi caffeine ,theobromine, theophylline yang toksik kepada kucing. Boleh menyebabkan masalah jantung dan sistem saraf.

Lebihan lemak haiwan (lemak ayam): Boleh menyebabkan pancreatitis (radang pancreas).
Anggur & raisins : boleh merosakkan buah pinggang.

Vitamin untuk kegunaan manusia yang mengandungi zat besi: Merosakkan lapisan dalam perut dan toksik terhadap hati dan buah pinggang.

Hati ayam/lembu:
boleh menyebabkan keracunan vitamin A yang merosakkan otot dan tulang.

Kacang Macadamia : merosakkan system pencernaan

Susu dan produk susu : Kucing tidak mempunyai enzim lactase untuk mencernakan susu (laktosa), bagaimanapun, susu bebas laktosa adalah selamat untuk kucing.

Makanan berkulat : menyebabkan sakit perut dan cirit birit

Bawang merah dan bawang putih(mentah atau dimasak): Bawang mengandungi sulfoksida dan disulfide yang boleh merosakkan sel darah merah  boleh menyebabkan anemia.

Ubi kentang: Mengandungi oksalat, boleh merosakkan system pencernaan,saraf & perkumuhan (urinary)

Telur Mentah: Mengandungi enzim avidin boleh menngurangkan penyerapan biotin ( sejenis vitamin B) yang boleh membawa kepada masalah keguguran bulu & kulit menjadi kasar.Telur mentah juga kadangkala mengandungi backeria Salmonella yang boleh menyebabkan cirit – birit yang teruk

Ikan mentah :
menyebabkan kekurangan thiamine (sejenis vitamin B)dalam badan, boleh menyebabkan hilang selera makan, sawan dan kematian

kesehatan

Jadual vaksinasi kucing anda..

Vaksinasi boleh dimulakan apabila anak kucing anda berusia 7 minggu dan ada sesetengah klinik menyarankan kucing anda divaksin pada umur 8 minggu @ 2 bulan.

Jadual vaksinasi kucing adalah sangat mudah diingati.

Suntikan pertama: pada usia 7@ 8 minggu'
Suntikan kedua : 4 minggu(sebulan)dari tarikh suntikan pertama
Suntikan ketiga: 4 minggu(sebulan)dari tarikh suntikan kedua
Suntikan booster/tahunan: setahun sekali dari tarikh suntikan akhir

Terdapat beberapa jenis vaksin kucing, antaranya:

Vaksin CVR-C (Calicivirus, rhinotracheitis dan chlamydia) ,FeLv (Feline Leukemia virus), FIV (Feline Immunodeficiency virus) dan juga suntikan vaksin bagi mencegah Rabies.

Suntikan vaksin standard yang disarankan ialah suntikan CVR-C @ Felovax dari Fort Dodge.FeLv dan FIV disarankan juga jika kucing anda suka merayau2 di luar rumah kerana kedua2 penyakit ini berjangkit melalui cakaran dan gigitan kucing lain.Vaccine Rabies pula perlu dibuat 6 bulan sebelum kucing tersebut dibawa keluar negara.

artikel

Kadangkala anda akan menghadapi masalah sebegini di mana, mungkin ibu kucing tersebut mati atau anda menjumpai anak2 kucing yang tidak berdaya di tepi jalan berhampiran rumah anda...

Anak kucing berusia 1 hari hingga sebulan adalah sgt lemah dan sangat2 memerlukan penjagaan rapi.Anak kucing pada usia ini perlu diberi susu (belikan formula khas utk anak kucing) setiap 3-4 jam sehari iaitu lebih kurang 7-8 kali sehari. Ia juga perlu diletak di tempat yang hangat dan selesa.Cara mudah ialah isi air panas dlm botol tahan panas, dan balut botol tersebut dgn selimut/blanket kemudian letakkan dlm kotak/bakul tempat anak kucing itu berada.Anak kucing yang sgt kecil ini mungkin akan membuka mata pada usia 2 minggu.Anda juga hendaklah merangsang ia kencing dan membuang najis setiap kali lepas menyusu dengan melapkan kapas/tisu basah di bhgn punggung anak kucing itu.Ini kerana ia cuma akan membuang najis apabila dirangsang oleh rangsangan sentuhan seperti jialatan ibu kucing tersebut sewaktu membersihkannya. pada usia 2 minggu, bawalah ia ke klinik vet untuk mendapatkan rawatan kecacingan. Pada usia ini juga ia sudah boleh diajar cara membuang najis di dlm litter box yang berisi pasir(litter sand).Tetapi ia mungkin emerlukan lebih kurang 2-4 minggu utk mahir kerana ia tiada ibu sebenar utk mengajarnya.Apa yang anda boleh buat ialah , bawa anak kucing ke litter box dan sapukan kaki hadapannya ke atas pasir litter atau,ambil sedikit najisnya dan letakkan sedikit di dlm litter box, insya Allah ia tahu bhw di situlah "Tandas" baginya.

Doktor veterinar akan memeriksa kucing anda apabila dibawa ke klinik dan jadual pemvaksinan akan ditentukan oleh beliau.Ubat nyahkutu dan syampu antikutu cuma sesuai dipakaikan kepada anak kucing berusis 7-8 minggu kerana ia mengandungi toksik yang boleh menjejaskan perkemabnagan buah pinggang dan hati anak kucing anda.

Pada usia satu bulan anak kucing boleh diajar memakan mkn separa pejal seperti ikan/ayam rebus atau mknn yang siap dipaket(tuna/chicken, sardine dll berjenama seperti whiskas, snappy tom, royal canin, science diet dll).Pada usia dua bulan ia sudah bersedia bagi mknn pejal seperti cat biscuits(disarankan membeli cat biscuits stage kitten 2-6 bulan).Perlu diingatkan kucing adalah haiwan karnivor dan memerlukan makanan berasaskan ayam/daging atau ikan, bukannya makanan manusai seeprti nasi dan roti.Apabila anda memberi kucing mkn nasi, ia samalah seperti anda memberi lembu memakan daging @ikan!Anak kucing sgt kuat bermain-main dan amat sesuai jika anda membela sekurang2 nya 2 ekor supaya ia ada kwn dan tidak bosan apabila anda tiada di rumah.Kucing yang bosan cenderung merosakkan /menggaru perabut atau kencing/berak merata2.


Terdapat 3 jenis utama makanan kucing iaitu kering, lembut-basah dan dlm tin.Dengan teknologi terkini dlm industri makanan haiwan kesayangan, kebiasaannya makan yang telah diformulasi mempunyai cukup zat bagi menampung keperluan nutrisi kucing anda.

Makanan kering

Ia mengandungi kibbles(ketulan ) yang rangup, di mana boleh mencegah pengumpulan plak dan tartar pada gigi kucing.Makanan kering tahan lama apabila didedahkan pada udara, ia biasanya mengambil masa 2-3 hari sebelum menjadi lemau bila dikeluarkan daripada bungkusannya.

Makanan lembut-basah

Makanan jenis ini biasanya mudah disimpan dan mempunyai rasa yang lebih sedap dan enak.Walaubagaimanapun, dikhuatiri ia mempunyai perasa seperti garam, gula dan pewarna, melainkan anda sendiri yang menyediakannya di rumah.

Makanan dlm tin

Makanan jenis ini juga mempunyai variasi rsa dan haiwan kesayangan biasanya menyukainya.Ia boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 3-4 hari setelah tinnya dibuka.Ia tidak tahan lama seperti makanan kering .Anda disarankan memanaskan mknn yang disimpan dlm peti sejuk sebelum menghidangkannya kepada kucing anda kerana kucing sukakan makanan yang hangat dan sama dgn suhu badannya.

Makanan veggie untuk anjing dan kucing???


Situasi ini pernah berlaku semasa saya berkhidmat di klinik hawain kesayagan sedikit masa dahulu:

Client: Doktor, anjing shih tzu sy kurus laa...makan pun sikit, apa patut sy buat?

Saya: Oh, anjing u perlukan lebih protein dan calcium ni.Sy cadangkan makanan2 ni (sambil menunjukkan beberapa commercial pet food yang berasaskan daging dan ayam.) Semua ni bagus untuk tumbesaran badan.

Client:Tak boleh doktor, anjing sy vegetarian, macam saya, kami sekeluarga vegetarian.Ia cuma makan nasi dan sayur shj.

Saya: Eh, tak boleh macam ni, anjing u perlukan diet daging dalam makanan dia, anjing u tak cukup zat ni sebab tu kurus.



Diet veggie atau vegetarian kekurangan taurine, vitamin B 12, calcium dan L-carnitine.

Vitamin A yang wujud dalam sumber tumbuhan dalam bentuk beta-carotene tidak boleh ditukarkan kepada bentuk vitamin A oleh haiwan.Kucing tidak boleh menukarkan beta-carotene kepada bentuk vitamin A boleh hadam dan bukan semua anjing boleh melakukannya.

Taurine dan L-canitine pula amat diperlukan dalam diet kucingn untuk kesihatan mata dan jantung. Anjing yang kekurangan L_carnitine boleh mengakibatkan penyakit Dilated cardiomyopathy iaitu penyakit yang menyebabkan otot jantung gagal berfungsi.

Vitamin B12 pula hadir dalam tisu daging,telur dan produk tenusu.Ia tidak ada dalam sayur-sayuran.

Diet vegetarian juga mempunyai jumlah kalsium yang amat rendah.Manakala kandungan phytate dalam diet gandum menyebabkan penyerapan kalsium oleh tubuh dihalang.Kalsium adalah penting utnuk pertumbuhan tulang dan gigi haiwan yang kuat.

Senin, 29 Maret 2010

anak kucing

Laman web gambar kucing comel ini dibina khas untuk memaparkan gambar-gambar kucing yang menarik, comel dan mencuit hati. Sebahagian dari gambar kucing ini adalah gambar kucing saya. Saya sebenarnya adalah peminat kucing dan saya suka membela kucing. Gambar kucing ini dah lama saya simpan dan akhirnya saya buat keputusan untuk masukkan dalam internet untuk dikongsi bersama peminat-peminat kucing dan juga yang suka tengok gambar kucing. Bagilah komen tentang gambar-gambar kucing ini.

Ini adalah koleksi gambar kucing terutamanya koleksi gambar anak kucing yang dapat saya paparkan dalam ruangan blog ini. Kalau nak tengok lagi banyak gambar gambar kucing yang cantik dan menarik bolehlah lawati laman blog Cat Picture

koleksi gambar kucing
Anak kucing tidur bertemankan anak ayam... Mungkin kot anak ayam ni teman rapat si kecik ni

koleksi gambar anak kucing bersama teman teman
Bersama teman-teman meronda di padang

koleksi gambar kucing
Cantik dan bersih

anak kucing di atas pokok
Anak kucing yang tengah ketakutan... Entahlah mungkin anak kucing ini ketakutan berada di atas pokok atau takutkan sesuatu di bawah pokok.. Mungkin takutkan anjing kot!

anak kucing bersama ibu
Ibu adalah teman yang paling setia

anak kucing cantik
Gambar anak kucing yang cukup cantik dan bersih... Menjaga anak kucing supaya sentiasa berada dalam keadaaan yang cantik dipandang bukan senang

anak kucing memetik bunga
Anak kucing tengah memetik bunga

Oklah ini sahaja sebahagian koleksi gambar anak kucing yang sempat saya poskan dalam blog ini. Lain kali saya akan paparkan koleksi gambar kucing yang lain pula 18 komentar

ibu dan anak

Kucing Baru Lahir

Informasi kucing persia / exotic kami yang melahirkan ada di halaman ini

Merry (exotic) Vs Kunto (exotic)

anak  kucing exotic baru lahir

Tanggal 29 Agustus 2008 lalu lahir 4 anaknya merry dan kunto : 1 betina red tabby, 1 betina black tortie, 2 betina black tortie and white bicolour

Kenes (Eksotik) Vs Kunto (Eksotik)

kucing  persia baru lahir

anak kucing  persia

2 anak kenes. Semua jantan (Blue and White, eksotik). Foto umur 5 hari. Foto lain, KLIK


Marla Vs Kaka

anak kucing marla

Marla melahirkan 5 anak pada 16 Juni 2008 kemaren.

Rosa Vs Kunto (Eksotik)

anak kucing  persia lahir

anak kucing  persia

Rosa melahirkan 5 anak pada 14 Juni 2008.

  • 3 ekor jantan red
  • 1 ekor jantan cream and white
  • 1 ekor betina black tortie

Silvi Melahirkan 3 anak.


lexa melahirkan

Tanggal 1 Mei 2008 lalu, Lexa melahirkan 4 anaknya dengan selamat. 1 jantan dan 3 betina (warnanya 3 putih dan yang 1 cream). 'Bapak' dari anak lexa ini adalah Kaka (Bule).

Uri Vs Cameron (Eksotik)

uri melahirkan  kucing

Uri melahirkan 4 anak pada tanggal 12 April 2008 : 2 betina (red and white), 2 jantan (black, red). Anaknya lucu sekali.....


moudy  melahirkan

Moudy, kucing anggora ini kawin dengan KAKA persia yang pesek. Melahirkan 5 (lima) ekor anak pada 4 Maret 2008 lalu. Anaknya di bawah ini umur 1 bulan. Moudy sendiri adalah kucing pertama yang kami pelihara. Jadi boleh dibilang Moudy-lah peyebab kami cinta akan kucing

anak  kucing moudy

Anaknya Moudy (1 bulan). Hidung pesek, tapi agar turun. Sementara bulunya panjang.


Lahir : 14 Desember 2007

kucing persia  rosa

Rosa dan dua anaknya...

kucing persia

2 anak Rosa. Lucu ya...

6 komentar

Minggu, 28 Maret 2010

KUCING

Koleksi Kucing Persia dan Exotic

  1. Koleksi Jantan


kucing persia kaka  kunto
  • Nama : Kunto (Eksotik, Pedigree)
  • Warna : Black and White




kucing persia romeo
  • Nama : Bromo (Persian, Pedigree)
  • Warna : Cream and White

Koleksi Indukan Betina Kucing Persia

Kami memiliki beberapa koleksi indukan kucing persia (long hair) dan kucing eksotik (short hair). Beberapa diantara koleksi kucing kami antara lain :

kucing persia ausi
  • Nama : Ausi (Pedigree) --- EXOTIC
  • Warna : Calico

kucing  persia manis eksotik



kucing persia casandra eksotik

casandra
  • Nama : Casandra (Pedigree) --- EXOTIC
  • Warna : Black and White


kucing persia sirup  eksotik
  • Nama : Sirup (Pedigree) --- EXOTIC
  • Warna : Black Tortie Tabby Blotched


kucing persia kenes  eksotik
  • Nama : Kenes (Pedigree) --- EXOTIC
  • Warna : Blue and White


kucing persia kucing
  • Nama : Merry (Pedigree) --- EXOTIC
  • Warna : Red Tabby


kucing persia kucing uri
  • Nama : Uri (Pedigree)
  • Warna : Black Tortie


kucing persia  lexa

  • Nama : Lexa
  • Warna : Seal Point